Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis oleh Pengedar Shaklee Miri

Assalamualaikum u all. Apa menu tengah hari tadi? Biasalah kalau hujung minggu ni u all,selera untuk comfort food tu memang tinggi. Hari ni mumy nak kongsi satu resepi yang hebat dan sangat bagus untuk penyakit kencing manis. Mesti u all dah terliur kan. Resepi ni senang je. Resepi peria katak ubat kencing manis. Mumy tau,bila cakap tentang peria ni ramai orang yang akan lari jauh-jauh. Apa lagi sebab pahit lah kan. Resepi peria katak ni mumy godek dari mum mumy. Rasanya? Mestilah sedap. Pahit? Pahit tu yang buat lagi sedap.

Kenapalah mumy nak kongsi resepi yang tak berapa laku di tekak ni. Dah lah hujung minggu. Orang nak resepi yang hebat. Eh,hebat lah ni kan😊😊😊😊. Makanan ni tak semestinya yang lemak berkrim saja yang sedap. Macam peria katak ni,namanya pun dah tak menyelerakan. Warna pun cun juga dengan warna katam hijau. Hahahaha...gerutu peria katak ni pun macam gerutu kodok. Hehehe...jangan marah tau. Mumy gurau je.

Percayalah cakap mumy,rasa pahit itu memang banyak khasiat dan penawarnya. Ini kiranya kes cari rawatan tradisional lah ni kan. Daripada kita ni bergantung banyak dengan ubat-ubatan yang entah apa kandungannya tu baik kita jaga kesihatan kita sendiri. Kalau dah memang dah kena sakit tu,janganlah melatah,jom kita ikhtiar guna cara yang lebih sihat dan selamat.

Tapi kan u all,mumy perasan sangat sikap orang-orang kita ni. Dah sakit baru mau huru-hara cari penawar. Waktu sihat walafiat tu,tidak pulak di jaga kesihatan tu kan. Ini teguran untuk diri mumy sendiri okey.

Okey-okey berbalik dengan resepi peria katak ubat penyakit kencing manis tadi,lupa dah mumy. Sebab pot pet...pot pet...biasalah tu perangai mak-mak. Hahahahaha.

Memang banyak resepi peria katak yang ada di dunia ni. Kalau di google tu tak cukup buku kita salin resepi. Resepi ni mumy dah edit ikut selera dan tekak mumy okey. Kalau nak edit ikut selera u all dipersilakan. Tidak salah kita buat improvisasi kan....hehehe...macam ajar sains lah pulak.

Ada orang perap peria tu dengan garam dulu. Untuk buang pahitnya tu. Tapi bagi mumy,sayang lah rasa peria tu kan. Mumy cuci dan masak terus. Rasanya memang sedap. Mau bagi rasa peria tu mengancam lagi letak cabi (cili) banyak-banyak. Pedas ni bagus tau untuk bantu pembakaran kalori. Tapi janganlah pedas sangat,tak termakan nanti. Kan membazir. Nak bagi rasa bahan-bahan serap dalam peria tu,hiris peria nipis-nipis. Yuuuuummmmm
....adoh!! Terliur la pulak.

Jangan marah ya u all. Mumy banyak cakap pulak. Okey,meh mumy kongsikan resepinya. Ini untuk makan dua orang je tau. Boleh edit okey.

Peria katak - 1 @ 2 biji
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar (kulit oren)
Udang kering/ bilis
Cili padi -ikut pedas lidah masing-masing
Telur-2 biji
Minyak-agak-agak boleh tumis bahan
Perasa-pilihan sendiri

Masaklah macam biasa dan penuh dengan kasih sayang😊😊😊.

Eh! Sorry ya,tak ada gambar resepi peria katak yang sudah di masak. Apa pun selamat mencuba. Tidak salah mencuba sesuatu yang bagus dan berkhasiat. Pesan mumy untuk semua,mencegah lebih baik daripada merawat. Jagalah kesihatan kita. Sebab kesihatan ni tersangat mahal. Agak terlambat kalau dah sakit baru nak amalkan hidup yang sihat.

Jumpa lagi u all,dalam sembang kopi kita yang akan datang okey. Beauty is our passion.

P/s jom bermasker dengan esp. 😊😊

Comments

Popular Posts